Monday, March 22, 2010

GET OUT FROM HERE!


This is a story about Makcik Tandas.

Semalam, aku teman Intan pergi Kedai Mamak Salim sebab dia nak makan nasi briyani. Aku teman je dia sebab bosan duduk rumah. Lepas tu, pergi Ipoh Parade jalan-jalan beli leggings, makan somtam. Masa nak beli somtam, jumpa abang siam yang gatal sebab nak pegang tangan aku masa aku nak bayar duit. Kami berasa bosan jadi kami mengambil keputusan untuk menonton wayang. Tengok cerita Under The Mountain. Ok la, best juga. Pasal ada sikit-sikit saspen movie tu. Sangat mengelikan la itu makhluk jahat, gargantua kot? Nama mereka dalam bentuk manusia ialah The Wilberforces. Sangat disgusting sebab dorang produce benda macam slimy. Yucks. Ok sebenarnya itu bukan apa yang aku nak ceritakan. Klimaks adalah selepas kami tonton movie. Agak sejuk dalam cinema, bila cerita tu dah habis, cepat-cepat la kami ke tandas.

Jadi, kami ke tandas yang paling dekat dengan foodcourt parade tu. Aku nampak papan 'Cleaning in progress' di luar tandas. Ingatkan tak jadi masuk, aku pun nak panggil Intan jangan masuk tapi dia dah masuk. Nak terkencing sangat kot. Hihi.

Ada seorang Makcik Tandas yang agak tua dan berkulit cerah. Tiba-tiba dia bising "Kenapa masuk? eh keluar keluar cepat". Tapi Intan pedulikan kata-katanya itu dan sepantas kilat tutup pintu jamban "Trumm" sambil berkata "Kencing je chong"

Aku keliru dan bingung.

Makcik itu menghadap aku dengan muka yang bengis hendak menghalau aku keluar. Aku enggan. Dia berleter dan tunjuk ke arah satu beg besar sampah yang dipenuhi dengan tuala wanita, tisu dan sebagainya. Dia berkata "Tengok tu, banyak darah" dan mongel seorangan. Kemudian dia bertanya padaku, "Kamu nak apa?"

Adakah patut seorang makcik tandas tanya pada aku apa yang aku nak dalam tandas?

Kepada Makcik Tandas, "Saya nak kencing!" kataku sambil menunjukkan muka kesian tahan kencing dan Intan tentu seronok kencing dalam tandas. Haha.

Makcik itu pun berkata "Ha cepat cepat"

Aku (-_-)"

Intan dan aku saling berpandangan sambil cuci tangan selepas melepaskan hajat.
Apalagi, cepat-cepat la kami keluar. Sepanjang perjalanan ke carpark dan balik ke rumah, kami membincangkan mengenai isu ini. Kenapa makcik tu nak halau kami? Dia nak bersihkan tandas, bersih jelah tandas yang lain dulu, kami tak ganggu pun. Sebab dia kena tulis repot? Entah la, kami pun bingung memikirkannya. What a funny experience yang kami dapat sebab nak kencing! LOL! :D

1 comment:

  1. makcik tu tension la asyik kena cuci tandas je.
    haha dah nama macik cleaner..mg tu ar keje nye..

    ReplyDelete